Mutu Gambar & Lens

 

Soalan:

Date: Fri, 24 Mar 2000 19:41:40 +0800From: Nazri bin Mat Noor <nasrimn@tm.net.my>To: raai@my-malaysia.comSubject: pertanyaan

Saya menggunakan kamera SLR Nikon F60, dan masih baru dalam bidang fotografi.

Soalannya:

Apakah filem yang paling sesuai digunakan, yang saudara cadangkan? (Buat masa ini saya sering menggunakan Filem Kodak & Fuji, samada 200 atau 400)

2. Saya telah meneliti gambar dalam album saudara dan mendapati, gambar secara berkumpulan yg saudara ambil mempunyai foreground & background yang jelas, bagaimana saudara melakukannya, berapa kelajuan shutter & aperturenya?

3. Untuk gambar air terjun dalam album anda berapa kelajuan & dan adakah anda menggunakan tripod??

4. Saya amat tertarik dengan lens Tamron 38 - 200mm & Tamron 38 - 300mm. Apa pendapat saudara tentang lens itu. Jika saya ingin memilikinya yang mana satu saudara syorkan.

5. Saya sering mengambil gambar sunset & keputusannya boleh tahan. Tetapi bagi gambar sunrise, seringkali mengecewakan, ianya kurang menonjol kekuningan mentari yang sedang memancar itu??

6. Apa komen saudara tentang gambar yang saya ambil ini?(sila double click attachment)

Terima kasih, atas segala komen yang saudara berikan.

Nazri Mat Noor

nasrimn@tm.net.my

Kangar, Perlis


Jawapan:

Waalaikummussalam saudara Nazri. Baru atau lama dalam bidang senifoto tidak menjadi ukuran untuk menilai kemahiran anda. Yang utama, praktikal yang istiqamah perlu dilakukan. Ramai dikalangan jurufoto melahirkan karya bermutu menerusi penghasilan praktikal berterusan.

Saya tidak suka mencadangkan sebarang filem dalam usaha anda memahirkan diri. Filem Kodak, Fuji, Konica usaha anda memahirkan diri. Filem Kodak, Fuji, Konica dan selainnya memiliki keistimewaan tersendiri. Kalau harga yang berbeza. Ini mungkin strategi pemasaran?!

Dari pengalaman, mutu diantaranya agak berbeza. Apa yang lebih penting jika menggunakan filem Kodak pastikan anda mencetak pada kertas Kodak maka mutunya baru boleh dinilai.

Pemilihan ISO filem, jangan selalu menggunakan filem yang berkuasa tinggi. Pastikan anda selalu menggunakan ISO yang rendah dan sederhana. Ada ketikanya anda hanya perlu menggunakan filem 100, contoh untuk potrek, close-up. ISO rendah akan memberi warna yang normal. Dan jika shutter speednya perlahan praktiknya menggunakan tripod. Kini pasaran ISO 200 telah meluas pasarannya, dan saya cadangkan menggunakan ISO 200 untuk pengambaran dalam bangunan, atau majlis-majlis waktu malam kerana aperture yang diberikan oleh ISO ini agak kecil. Hasilnya gambar yang dirakamkan lebih tajam.

Jika anda terlibat dalam kerja-kerja penggambaran yang tidak membenarkan menggunakan flash, anda boleh menggunakan ISO 400. Umpamanya merakam suasana pada persembahan teater, rakaman menggunakan flash adalah dilarang. Lagi pun jika menggunakan flash gambar yang terhasil tidak menerangkan cahaya asli pementasan.

Menghasilkan foreground dan background adalah sesuatu cara mencantikkan sesuatu gambar. Gunakan teknik Depth Of Field (lihat asas senifoto bab ini), pastikan f/stop yang digunakan adalah kecil. Pastikan juga latarbelakang yang hendak diambil gambar itu dekat dengan objek. Gunakan lens Wide angle atau Standard lens (lihat bab lens). Aperture kecil akan menghasilkan  keseluruhan gambar akan tajam; termasuk background. Begitu juga latar depan (foreground) pastikan jaraknya dengan objek tidak terlalu jauh. Contoh gambar air terjun. Shutter Speed yang saya gunakan ilah 250 kerana tidak mahu pergerakan orang akan kabur dalam gambar. Gambar air terjun dalam album peribadi saya   menggunakan Shutter Speed 1/15 dengan bukaan besar f/stop 2 Lens Micro. Gambar itu dirakamkan waktu tengahari air terjun itu berada dalam keadaan bayang. Justeru, saya perlu buka habis f/stopnya. Saya tidak menggunakan tripod.

Ulasan dan panduan:

Rakaman gambar begini saya cadangkan menggunakan tripod, jika anda belum mahir menggunakan Shutter Speed perlahan. Pada kebiasaannya jika anda menggunakan juga tanpa tripod, kesan goyang akan kelihatan juga jika gambar dibesarkan menjadi 8R keatas. Untuk mendapatkan kesan air terjun gunakan shutter speed perlahan bermula 1/30 hingga kebawah - 1/1. Paling cantik gunakan aperture kecil.

Saya cadangkan 38mm - 300mm. Sebab ini lebih memuaskan hati, lagi pun tidak banyak bezanya antara 200mm dan 300mm saja? Tapi hati-hati menggunakannya kerana zoom lebih besar akan lebih besar kesan Dept Of Field. Latar belakang akan kabur jika mengambil foto potrek. Untuk menimbulkan kesan kuning, sila gunakan filter kuning.